Posts

Resepi Rendang Arnab

Image
Resipi Masakan Untuk pengetahuan para pembaca, di sini saya ingin berkongsi mengenai resepi masakan yang boleh dimasak menggunakan daging arnab. Antara resepi-resepi tersebut adalah :-  Daging Arnab Masak Rendang BAHAN-BAHANNYA: 1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak 1 kotak santan Bahan A: 6 tangkai cili merah 2 batang serai 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih dikisar halus 1 inci halia 1 inci lengkuas Bahan B: ½ cawan sos cili ½ cawan sos tomato ½ cawan kismis Mixed vegetable 2 helai daun kunyit Sedikit minyak, garam dan gula Hiasan: Daun bawang/sup CARA MEMBUATNYA : Tumis bahan A. Bila wangi, masukkan bahan B. Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang telah 1/2 masak. Masukkan daun kunyit dan santan. Bila didih, masukkan mixed vegetable. Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa. Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang. Tambahan: Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti. # Aafiy

Daging arnab ialah daging putih

Image
Daging arnab ialah daging putih yang mudah dihadam, tinggi protein dan paling rendah kolesterol. . Pengambilan 100g daging arnab menyumbangkan 120% keperluan vitamin B-12 harian anda. Vitamin ini penting untuk kesihatan sistem saraf, metabolisme badan serta pembentukan sel darah merah. . Hidangan 100g daging arnab menyumbang 35% keperluan vitamin B-3 (niacin) harian anda. Niacin ialah vitamin yang membantu pertukaran karbohidrat kepada sumber tenaga dan juga digunakan dalam pembentukan pelbagai hormon pembiakan (kesuburan). . Setiap 100g daging arnab boleh menyumbangkan 50% keperluan selenium harian anda. Selenium diperlukan oleh badan untuk menghasilkan enzim antioxidant serta kesihatan reproduktif. . Pengambilan 100g daging arnab juga  memberikan 30% keperluan fosforus harian anda. Fosforus membantu badan untuk menggunakan karbohidrat dan lemak serta baik pulih tisu badan. # AafiyatGarden # Arnab # ArnabPedaging # PenternakanArnab # DagingArnab