Daging arnab ialah daging putih


Daging arnab ialah daging putih yang mudah dihadam, tinggi protein dan paling rendah kolesterol.
.
Pengambilan 100g daging arnab menyumbangkan 120% keperluan vitamin B-12 harian anda. Vitamin ini penting untuk kesihatan sistem saraf, metabolisme badan serta pembentukan sel darah merah.
.
Hidangan 100g daging arnab menyumbang 35% keperluan vitamin B-3 (niacin) harian anda. Niacin ialah vitamin yang membantu pertukaran karbohidrat kepada sumber tenaga dan juga digunakan dalam pembentukan pelbagai hormon pembiakan (kesuburan).



.
Setiap 100g daging arnab boleh menyumbangkan 50% keperluan selenium harian anda. Selenium diperlukan oleh badan untuk menghasilkan enzim antioxidant serta kesihatan reproduktif.
.
Pengambilan 100g daging arnab juga  memberikan 30% keperluan fosforus harian anda. Fosforus membantu badan untuk menggunakan karbohidrat dan lemak serta baik pulih tisu badan.


#AafiyatGarden
#Arnab
#ArnabPedaging
#PenternakanArnab
#DagingArnab

Comments